Friday, April 26, 2013

isi

Pesan teman:

'"kau perlu mintak petunjuk, biar hati  sayang pada insan yang sebetulnya"

Thursday, April 18, 2013

Mencari sisi berbeza

Payah.
Yang aku mampu hanya melangkah
dan
mengharap ehsan dari tuhan
moga diberi laluan yang meyakinkan
sekalipun tempang dengan bawakan dari aku.


Jika esok bumi terlingkup..mataku hanya mampu berkelip sesal tiada makna.

Saturday, April 13, 2013

Tangis dalam hujan

Saat awan merintih
menyebarkan hujan
aku masih gelak ketawa
tiada rasa
sedangkan
hati aku masih kosong
tak pernah merintih
tak pernah menangis kerana-Nya.
alpa?
sentiasa.


#untuk kamu, sabarlah..aku tahu rasa hati kamu..tak perlu berbicara, walau jauh, aku mengerti..telanlah..insyaallah ada sinar untuk sabarmu, sama-sama ketuk pintu dhuha yang tiada lain tanda ucapan syukur kita pada DIA.., insyaallah ada khabar dari-Nya..pegang itu.

Tuju


Aku hanya mampu gengam jemari pada yang mahu digenggam jemarinya

yang hatinya menjaga hati
yang padanya tiada dua
yang dihalakan cintanya lebih pada DIA
yang mengukir cinta hanya keranaNYA
aku pasti,

     disitu terletaknya segala kekuatan untuk segala kelemahanku.
     Kepadanya aku berserah
     moga tiada secebis kesal kita pada ketentuannya.



*kalau kita berjalan pada paksi yang sama..tanganmu akan ku gengam jua..padanya aku berserah.tempat cintanya yang hakiki.