Pandang yang banyak pada yang satu
Lihat yang satu pada yang banyak.
#renunglah kawan...semuanya tentang "mustahil bagi akal"..
HATI BANGKAI
Mungkin aku hanya dianggap zarah-zarah picisan dalam hidup kalian..tapi bagiku..aku adalah zarah-zarah ciptaan ILAHI..tuhan yang ESA..hatibangkai...samaran yang agak pelik...tapi masih seorang manusia... Sifir-nya mudah..semuanya cerita tentang manusia,alam & Tuhan. www.hatibangkai.blogspot.com
Saturday, September 14, 2013
Sunday, July 21, 2013
Dua belas
Masih kabur
masih dibibir
dan
belum sampai pada hati.
Kini aku sedar, bukan mudah untuk mengecap apa yang dikata ikhlas.Bilamana pergi, belum pasti yang kita akan sampai pada apa yang dihajati. Kita boleh bercakap tentang keinginan, tapi harus perlu diingat yang memberi itu bukan terletak pada harapan. Ianya terletak pada ehsan pencipta.Moga dihalakan fikiran , jasad , dan hati kita pada arah yang terbaik untuk diri.Itu sahaja. Kita tak punya apa-apa melainkan hanya sebagai peminjam. Esok lusa pasti ditanya, dan yang pasti jasad kita akan meng-ia-kannya.Aku berjalan atas dasar keinginan. Atas dasar mencari diri. Payah. Tapi ada manisnya.Moga dipermudahkan segala apa yang diimpikan.Tentang kecintaan itu seni dan tentang seni itu ternyata halus. Halus dalam segala hal.
#Dua belas Ramadhan

Friday, April 26, 2013
Thursday, April 18, 2013
Mencari sisi berbeza
Payah.
Yang aku mampu hanya melangkah
dan
mengharap ehsan dari tuhan
moga diberi laluan yang meyakinkan
sekalipun tempang dengan bawakan dari aku.
Jika esok bumi terlingkup..mataku hanya mampu berkelip sesal tiada makna.

Saturday, April 13, 2013
Tangis dalam hujan
Saat awan merintih
menyebarkan hujan
aku masih gelak ketawa
tiada rasa
sedangkan
hati aku masih kosong
tak pernah merintih
tak pernah menangis kerana-Nya.
alpa?
sentiasa.
#untuk kamu, sabarlah..aku tahu rasa hati kamu..tak perlu berbicara, walau jauh, aku mengerti..telanlah..insyaallah ada sinar untuk sabarmu, sama-sama ketuk pintu dhuha yang tiada lain tanda ucapan syukur kita pada DIA.., insyaallah ada khabar dari-Nya..pegang itu.

Tuju
Aku hanya mampu gengam jemari pada yang mahu digenggam jemarinya
yang hatinya menjaga hati
yang padanya tiada dua
yang dihalakan cintanya lebih pada DIA
yang mengukir cinta hanya keranaNYA
aku pasti,
disitu terletaknya segala kekuatan untuk segala kelemahanku.
Kepadanya aku berserah
moga tiada secebis kesal kita pada ketentuannya.
*kalau kita berjalan pada paksi yang sama..tanganmu akan ku gengam jua..padanya aku berserah.tempat cintanya yang hakiki.
Saturday, March 30, 2013
Khabarkan
Aku mahu ia mengalir secara lumrah
pada hati yang telah ditetapkan untuk
kita singgah,
dan aku
tidak akan menyanggah
untuk apa yang dah terpanah.
~mahu balik dengan senyum.Insyallah...
pada hati yang telah ditetapkan untuk
kita singgah,
dan aku
tidak akan menyanggah
untuk apa yang dah terpanah.
~mahu balik dengan senyum.Insyallah...
Saturday, March 23, 2013
Dongak?
Jauhnya kita dengan pencipta petanda betapa jauhnya kita hanyut dengan dunia dan nafsu sendiri. Fitrah bagi manusia yang terkadang lalai dengan apa yang ada di kiri dan kanan.Depan mahupun belakang.Tika jatuh bangunlah kembali sekalipun merangkak. Tika bahagia jangan alpa dan terlalu mendongak,kerana kita mampu jatuh sekalipun halangannya sekecil-kecil halangan.
Haus
Bicara tentang ketuhanan bukan petanda hebatnya kita. Cuma ianya hanya tentang berkongsi rasa kehausan.
Thursday, March 14, 2013
Mereka
Dengan air mata gembira aku disambut
dengan keringat peluh aku dibesarkan
dan aku yakin,
dengan taatnya aku pada pencipta
bisa membuatkan mereka tersenyum puas,
bilamana mereka melelapkan mata,
seketika atau selamanya.
-Pasir Mina,Kemaman-
dengan keringat peluh aku dibesarkan
dan aku yakin,
dengan taatnya aku pada pencipta
bisa membuatkan mereka tersenyum puas,
bilamana mereka melelapkan mata,
seketika atau selamanya.
-Pasir Mina,Kemaman-
Subscribe to:
Posts (Atom)