Saturday, March 30, 2013

Khabarkan

Aku mahu  ia mengalir secara lumrah
pada hati yang telah ditetapkan untuk
kita singgah,
dan aku
tidak akan menyanggah
untuk apa yang dah terpanah.



~mahu balik dengan senyum.Insyallah...

Saturday, March 23, 2013

Dongak?

Jauhnya kita dengan pencipta petanda betapa jauhnya kita hanyut dengan dunia dan nafsu sendiri. Fitrah bagi manusia yang terkadang lalai dengan apa yang ada di kiri dan kanan.Depan mahupun belakang.Tika jatuh bangunlah kembali sekalipun merangkak. Tika bahagia jangan alpa dan terlalu mendongak,kerana kita mampu jatuh sekalipun halangannya sekecil-kecil halangan.

Haus

Bicara tentang ketuhanan bukan petanda hebatnya kita. Cuma ianya hanya tentang berkongsi rasa kehausan.

Thursday, March 14, 2013

Mereka

Dengan air mata gembira aku disambut
dengan keringat peluh aku dibesarkan
dan aku yakin,
dengan taatnya aku pada pencipta
bisa membuatkan mereka tersenyum puas,
bilamana mereka melelapkan mata,
seketika atau selamanya.



-Pasir Mina,Kemaman-

Insan

Pencarian adalah tentang
pertemuan hati hati yang mencari Tuhan.